Kemanisan Mencari Ilmu

Suatu perkara yang saya rasai dibumi urdun ketika ini adalah kemanisan dalam mencari ilmu. Mungkin takrifan kemanisan saya tidak sama dengan kemanisan insan lain yang lebih a’lim lagi dalam mujahadah menuntut ilmu. Apapun saya bersyukur kerana masih diberi kekuatan oleh Allah dalam mencari ilmu. Jujurnya saya merasa ‘ lain’ dalam mujahadah mencari ilmuNYA dan kerendahan hati itu semakin dirasai dan berkata pada diri bahawa ‘aku sangat jahil dalam banyak ilmu’.Semalam 22.12.2010, bersyukur dapat mengkhatamkan kitab akidah aqaid annasafi  bersama  berguru dengan ustaz Mahadi dan masih usaha memahami akidah annaji,akidatul awam,jauharah tauhid.

Advertisements

Nota Irbid: Nilai

Alhamdulillah, sudah sebulan lebih saya berada di Jordan berjauhan jasad dengan orang-orang yang saya sayangi. Kehidupan disini banyak mengajar saya erti kehidupan dan menghargai sebuah nilai dan pastinya ia sangat mematangkan. Bagaimana saya berkata pada diri bahawa jika nilai dan pencarian ilmu itu mudah dicapai maka tidak perlu saya bersusah-susah menghabiskan kewangan dan berjauhan bersama keluarga.

Nota Irbid 1

Saya bukanlah hebat seperti sahabat-sahabat lain dalam menguasai bahasa arab tetapi jordan telah memaksa saya untuk menjadi lebih hebat dari itu. Jordan bukanlah seperti mesir timbunan ilmu permata merata seperti pasir di lautan tetapi jordan adalah seperti permata yang tersimpan didalam batu keras untuk dipecahkan. Manfaatkanlah permata dibumi Urdun.

Selamat Tinggal Malaysia

Tarikh 15.9.2010  saya meninggalkan malaysia sementara dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu.

Wasiat Seorang Guru…

Hati saya tidak dapat menahan dan meremang bila membaca wasiat atau pesanan guru saya yang dicintai. Tidak saya hampakan beliau dan berusaha ke arah itu.pesanan ni dikirim oleh beliau kepada abang seperjuangan saya.

Terima kasih Hilmi. Tolong sampaikan kpd adik2 kita itu bahawa saya menaruh harapan besar kepada mereka dan generasi mereka agar menjadi ilmuan dan pemimpin umat yg lebih baik dari yang ada sekarang, dalam semua lapangan. Saya hanya melakukan tanggungjawab yg amat kecil dan penuh kelemahan-Prof Wan Mohd Nor Wan Daud


Motivasi penuntut ilmu

Saya belum di uji seperti orang-orang terdahulu yang hebat. Tetapi ianya saya dapat rasakan bakal terjadi pada saya. Guru saya Prof Wan Mohd Nor memberi nasihat kepada saya saat penghujung saya di malaysia baru-baru ini bahawa beliau dan ilmuan sebelumnya sudah diuji bila bermusafir ilmu. Prof zainy antara guru saya yang  pernah memberitahu bahawa di uk sana semasa beliau musafir ilmu begitu hebat diuji kewangan dan banyak lagi ujian-ujian ditempuhi termasuklah cerita mahaguru Prof al-Attas semasa menuntut ilmu. Ianya saya jadikan motivasi awal kerana saya tahu bakal ujian hebat bakal menanti.!!!

Perjalanan Intelektual

saya memilih jordan salah satu perjalanan intelektual saya selepas saya meneliti panjang kisah ini dua tahun yang lepas. Sebab itu itu saya tidak teragak-agak terus memilih yarmouk salah satu perjalanan itu. Sukar juga bila melihat posisi perjalanan asal saya bila melihat bakal perjalanan yang akan datang”.Harakiyyun filsuf”  itula salah satu proses perjalanan itu.!!!